Kiriman pada: Mon, Aug 17th, 2015

Saya yakin UMNO dapat menangani segala cabaran – Najib

Kongsi maklumat ini
Tags

11891217_10152979612570952_2898725204720267109_nBersama kepimpinan UMNO Kepala Batas pagi semalam semasa merasmikan mesyuarat perwakilan di sana.
Dana politik yang diterima adalah hak eksklusif presiden dan bendahari parti. Perkara ini tidak dibincangkan secara terbuka dan tidak pernah dibincang sama ada dalam perjumpaan tertutup parti atau majlis tertinggi UMNO.
Selaku presiden UMNO saya hanyalah mengamalkan prinsip yang sama dengan presiden parti terdahulu.
Sepanjang saya menjadi timbalan kepada Pak Lah, saya tidak pernah menyoal beliau kerana itu adalah urusan-urusan, hak dan budi bicara presiden parti. Begitu juga ketika Tun Mahathir menjadi Presiden UMNO.
Apa yang saya lakukan ini adalah untuk kepentingan parti dan bukan untuk peribadi.
Saya berharap ahli-ahli parti menutup isu dana politik dan memberi tumpuan kepada usaha kita menghadapi cabaran yang lebih besar dalam membangunkan negara dan menjaga kepentingan rakyat.
Saya juga ingin melihat semua ahli UMNO memainkan peranan masing-masing membetulkan persepsi rakyat dengan memberi penjelasan terhadap isu-isu berbangkit. Media sosial hari ini telah menjadi punca kekalutan pemikiran rakyat sehinggakan perkara yang tidak benar boleh dianggap sebagai benar.
Di PRU13, ahli-ahli UMNO sudah tentu tidak lupa wujudnya fitnah yang dimainkan di media sosial bahawa kita telah membawa masuk 40,000 rakyat Bangladesh untuk mengundi.
Ahli-ahli UMNO perlu memainkan peranan menangkis fitnah dan persepsi negatif yang mendominasi media sosial.
Selain itu, parti kita mesti ada disiplin, tanggungjawab bersama dan menjaga kerahsiaan. Perbezaan pandangan dalam parti hendaklah dilakukan dengan penuh beradab dan displin agar tidak menjejas perpaduan dalam parti.
Saya yakin UMNO dapat menangani segala cabaran yang tiba dan menjadikan kepentingan rakyat agenda utama parti kita.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.