Kiriman pada: Sat, Aug 8th, 2015

Search Mahu Tidak Bertanggungjawan Henti ‘Cucuk’ Yazid

Kongsi maklumat ini
Tags

2searchKuala Lumpur – Anggota kumpulan Search tidak lagi berdiam diri apabila sekali lagi didakwa mengabaikan salah seorang anggota mereka, Yazid yang kini sedang dirawat di hospital.

Kumpulan itu juga meminta pihak tidak bertanggungjawab berhenti ‘mencucuk’ Yazid dari berbuat demikian.

Pemain gitar bass, Nasir berkata, cerita ‘Search abaikan Yazid’ ini akan timbul setiap kali Yazid dilaporkan sakit.

“Ketika dengar siaran berita baru-baru ini, saya agak terkejut tapi saya tahu dia (Yazid) dicucuk. Apabila sakit, kita agak emosi kan?,” katanya di petik Sinar Harian.

Akui ada bertemu dengan Yazid dua hari sebelum raya, Nasir memberitahu rakannya itu meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan merapu kepada rancangan TV tersebut.

“Saya harap selepas ini tak ada orang yang akan cucuk Yazid lagi. Tak kan sampai setiap kali kami nak jumpa dia, kami kena maklumkan pada media,” katanya.

Sementara vokalisnya, Amy berkata, pihaknya tidak dapat menutup mulut orang lain yang berkata-kata.

“Pada saya, apa orang nak cakap, cakaplah. Kami tak boleh buat apa,” katanya.

Yazid kini masih menerima rawatan di hospital akibat penyakit buah pinggangnya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.