Kiriman pada: Tue, Mar 17th, 2015

Sebagai Yang Terbaik Pernah Dianjurkan

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKLangkawi – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa memuji edisi Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA ’15) tahun ini sebagai yang terbaik sejak edisi pertama pada 1991, yang menyaksikan penyertaan pecah rekod, 512 syarikat dari 36 negara.

Ketika merasmikan pembukaan LIMA ’15, beliau berkata bilangan penyertaan kali ini mengatasi jumlah 433 syarikat yang menyertai pameran itu, dua tahun lepas.

“LIMA 2015 menyaksikan banyak yang julung kali dan dengan kepelbagaian aspek dan dimensi pameran pada tahun ini, ia merupakan LIMA terbaik yang kita pernah anjurkan,” katanya pada majlis perasmian yang diadakan di atas landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di sini.

Najib berkata LIMA ’15 juga mencatat sejarah berikutan kehadiran semua 10 Menteri Pertahanan ASEAN serta berlangsungnya Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) yang pertama kali, di Langkawi, dua hari lepas.

Perdana Menteri berkata LIMA telah melalui perjalanan yang panjang sejak julung kali diadakan pada 1991 semasa beliau menjawat jawatan menteri pertahanan dan ditugaskan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menganjurkannya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.