Kiriman pada: Tue, Feb 16th, 2016

Sebanyak 100,000 Exora, Preve, Suprima Dipanggil Balik

Kongsi maklumat ini
Tags

yutPROTON Holdings Bhd akan memanggil balik hampir 100,000 unit model Exora, Preve dan Suprima untuk membaiki hos penyejuk minyak CFE bermula hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, model-model ini berhadapan dengan masalah hos penyejuk minyak yang akan pecah selepas kereta mencapai perbatuan purata sebanyak 40,000 kilometer (km), disebabkan oleh degradasi bahan hos tersebut.

“Kami akan menghubungi para pemilik dan keutamaan akan diberikan kepada kereta dengan perbatuan 40,000 km dan ke atas. Kami berharap masalah ini akan selesai dalam tempoh enam bulan akan datang,” katanya kepada pemberita pada majlis prebiu Proton Perdana yang baharu di sini hari ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.