Kiriman pada: Wed, Jul 30th, 2014
Semasa | Oleh

Sebanyak 139 Kematian Direkodkan Dalam Tempoh Lapan Hari Op Selamat 5

Kongsi maklumat ini
Tags

OpSelamatKuala Lumpur – Sebanyak 127 kemalangan maut yang mengorbankan 139 orang direkodkan di seluruh negara dalam tempoh lapan hari sejak Op Selamat 5/2014 dilancarkan pada 21 Julai lepas.

Ketua Polis Trafik Persekutuan Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata dalam tempoh itu juga sejumlah 10,349 kemalangan direkodkan.

“Sebanyak 117,957 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik atas pelbagai kesalahan manakala bagi kesalahan menggunakan laluan kecemasan sebanyak 1,598 saman dikeluarkan,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, mengenai makluman orang awam kepada pihak polis sebelum meninggalkan kediaman sempena Hari Raya, Mohd Fuad berkata sebanyak 19,421 makluman diterima.

“Sebanyak 24,440 rondaan telah dilakukan untuk mengawasi rumah-rumah yang ditinggalkan sempena perayaan kali ini,” katanya.

Mohd Fuad turut menegaskan agar orang ramai tidak memandu di lorong kecemasan bagi memberi laluan kepada pihak berkaitan untuk menggunakan laluan kecemasan itu.

Mengenai pengirim

-

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.