Kiriman pada: Fri, Mar 6th, 2015

Sebanyak Tujuh Kawasan R&R Serta Hentian Sebelah PLUS Akan ditutup Sementara

Kongsi maklumat ini
Tags

RnRKuala Lumpur – Sebanyak tujuh kawasan Rehat dan Rawat (R&R) serta hentian sebelah di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) akan ditutup untuk sementara secara berperingkat mulai Isnin hingga Khamis depan bagi kerja-kerja penyelenggaraan.

Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (PLUS), dalam satu kenyataan, berkata kawasan R&R Tapah (Arah Utara) di KM332.3 dan Hentian Sebelah Juru (Arah Selatan) di KM141.8 akan ditutup Isnin ini manakala pada hari berikutnya melibatkan R&R Tapah (Arah Selatan) di KKM331.2

Pada 11 Mac (Rabu), R&R Gunung Semanggol (Arah Selatan) di KM194.6 dan Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Utara) di KM290.4 pula ditutup.

R&R Gunung Semanggol (Arah Utara) di KM196 dan Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Selatan) di KM290.4 ditutup pada 12 Mac (Rabu), menurut kenyataan itu.

PLUS akan menutup kawasan-kawasan itu dari 8 pagi hingga 5 petang.

Kenyataan itu turut memaklumkan gerai, restoran, kiosk dan beberapa kemudahan lain kecuali tandas, surau dan stesen minyak akan ditutup kepada orang ramai ketika kerja-kerja penyelenggaraan itu dijalankan.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi PLUSline di talian 1800-88-0000.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.