Kiriman pada: Mon, Jan 18th, 2016

Sebar maklumat tak sahih: Orang kenamaan pun boleh diambil tindakan

Kongsi maklumat ini
Tags

Khalid-Abu-BakarKUALA LUMPUR: Sesiapa sahaja termasuk orang kenamaan yang menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan ancaman pengganas di negara ini akan diambil tindakan tegas, selepas pihak polis mengeluarkan peringatan serta amaran.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, maklumat berkenaan boleh menimbulkan ketakutan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Jangan suruh saya ambil tindakan sekarang, saya sudah keluarkan peringatan dan amaran jadi janganlah ulang lagi (menyebarkan maklumat tidak sahih),” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, pada Isnin.

Katanya, agensi media yang membuat laporan berkaitan militan Daish dengan memetik sumber tertentu sehingga menimbulkan kegusaran juga tidak terlepas dariapada dikenakan tindakan.

“Mungkin maklumat ancaman serangan militan itu diperoleh daripada penjual mi goreng atau sesiapa sahaja dan dilaporkan sehingga timbulkan ketakutan, jadi kami ingin tahu siapa sumber yang menyatakan sedemikian,” katanya.

Khalid sebelum ini memuat naik status di akaun Twitter beliau menyarankan kepada orang ramai agar berhenti daripada membuat sebarang spekulasi berhubung tahap keselamatan negara dan menyatakan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersedia.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas tersebar mesej melalui aplikasi Whatsapp yang menyatakan secara khusus lokasi serangan pengganas disekitar ibu negara, antaranya Bangsar dan Hartamas.
Dalam perkembangan sama, Khalid memaklumkan pihaknya akan mengekalkan amaran tahap tertinggi diseluruh negara sehingga dirasakan perlu.

“Kita ingin menyakinkan masyarakat bahawa keadaan keselamatan sentiasa dalam kawalan kita, masyarakat juga perlu memainkan peranan dengan mengambil langkah melaporkan kepada polis apa juga perkara yang mendatangkan syak wasangka,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.