Kiriman pada: Sat, Jan 9th, 2016

Segera Tangani Masalah ICU HTAA, Kuantan

Kongsi maklumat ini
Tags

7139643a1bc7fae63dd4b674014a2930Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengarahkan Kementerian Kesihatan supaya segera mengambil tindakan untuk menangani masalah di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Beliau juga mahu kementerian itu mempercepatkan kerja-kerja pembaikan dan menyediakan langkah-langkah sementara bagi menangani masalah pendingin hawa di unit berkenaan.

“Saya ambil perhatian akan laporan akhbar The Star hari ini berkenaan keadaan Unit Rawatan Rapi di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

“Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam (Menteri Kesihatan), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan), sila ambil tindakan segera menyiasat perkara ini dan mempercepatkan kerja pembaikan serta menyediakan langkah-langkah sementara bagi menangani isu ini secepat mungkin,” katanya dalam catatan laman Facebook beliau.

Akhbar berkenaan melaporkan penghawa dingin di ICU hospital itu tidak berfungsi dan tingkap dibiarkan terbuka bagi membolehkan udara masuk selain kipas berdiri digunakan untuk menyejukkan pesakit dan peralatan penting.

Kakitangan di unit itu juga terpaksa bekerja dalam keadaan panas dan tiada jalan penyelesaian atau segera diambil.

Akhbar itu memetik Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang Datuk Dr Zainal Ariffin Omar sebagai berkata bahawa sistem pendingin hawa yang uzur di blok itu sudah tidak berfungsi sejak tiga bulan lepas.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.