Kiriman pada: Wed, Feb 10th, 2016

Seikat rambut John Lennon dilelong RM50,000

Kongsi maklumat ini
Tags

john-lennon-hq-wallpaper-for-pc-backgroundsNEW YORK: Seikat rambut anggota Beatles, mendiang John Lennon mendapat bidaan hingga mencecah RM50,000 dalam sesi lelongan yang akan ditutup pada 20 Februari ini. Difahamkan, potongan rambut itu sudah berada dalam simpanan seorang pendandan gaya selama 50 tahun selepas memotong rambut penyanyi legenda itu pada September 1966. Ketika itu, Lennon yang meninggal dunia Disember 1980, menjadi satu-satunya pemuzik yang membintangi filem berlatarkan Jerman, How I Won the War arahan Richard Lester. Syarikat lelong berpangkalan di Dallas, Heritage Auctions mengumumkan potongan rambut yang dilelong kali ini adalah ‘yang terpanjang’ pernah diterima. Rambut itu juga mempunyai nilai sejarah tersendiri iaitu dipotong selepas sebulan album Revolver diedarkan. Sementara itu, laporan sebuah akhbar menyebut, pembida berpeluang mendapatkan gambar daripada filem How I Won the War yang sudah ditandatangani Lennon. Ini termasuk dua artikel yang mengesahkan potongan rambut terbabit. Selain rambut Lennon, beberapa barangan peribadi anggota The Beatles juga tersenarai untuk dilelong termasuk LP Please Please Me yang ditandatangi keempat-empat anggota kumpulan berkenaan. Ada juga gambar dengan tandatangan mereka yang berlatarkan konsert di Liverpool pada Disember 1963 terbuka untuk dibida.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.