Kiriman pada: Mon, Jan 18th, 2016

SEJIWA SENADA BAHAGIAN SIBU BERJAYA TARIK 130,000 PENGUNJUNG

Kongsi maklumat ini
Tags

mxvxgfSibu – Program Sejiwa Senada anjuran Kerajaan Negeri di Dataran Bandar Sibu yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat berjaya menarik 130,000 pengunjung dari kawasan tengah Sarawak.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti, Datuk Seri Wong Soon Koh menyifatkannya satu kejayaan besar bagi Sibu sebagai tuan rumah.

Menurutnya, kejayaan tersebut dicapai dengan adanya kerjasama erat antara sektor awam, sektor swasta dan penglibatan penduduk bandar ini secara keseluruhannya.

“Program ini adalah satu langkah kerajaan untuk merapatkan rakyat dengan agensi-agensi kerajaan. Segala fungsi agensi-agensi kerajaan diterangkan secara telus dan dipamer untuk pengetahuan rakyat.

“Saya percaya program ini jelas membuktikan Kerajaan Negeri yang dipilih rakyat lima tahun lepas adalah bertepatan sekali dan penyampaian kepada rakyat di negeri ini adalah efisien,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis penutupan Program Sejiwa Senada Peringkat Bahagian Sibu di sini malam tadi.

Pada majlis itu, Markas 9 Briged Infantri telah diisytiharkan sebagai pemenang Gerai Terbaik, diikuti Jabatan Tanah dan Survei sebagai naib johan dan Majlis Perbandaran Sibu menduduki tempat ketiga.

Selepas ini program Sejiwa Senada itu akan diadakan di Bahagian Mukah (29 – 31 Januari) diikuti Saratok (12 – 14 Februari), Bahagian Sarikei (17 – 21 Februari) dan yang terakhir di Bahagian Kapit (4-6 Mac).

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.