Kiriman pada: Mon, Aug 17th, 2015

Sektor Awam, Swasta Digalak Utamakan Barangan Buatan Malaysia

Kongsi maklumat ini
Tags

2buatamsia copyKota Bharu – Sektor awam dan swasta digalak mengutamakan barangan buatan Malaysia dalam menghadapi cabaran ekonomi khususnya kejatuhan nilai ringgit berbanding US Dollar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ir Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata langkah itu akan mendorong aktiviti ekonomi yang menguntungkan Malaysia kerana aliran wang tunai hanya berlaku dalam negara ini dan tidak mengalir ke negara asing.

Kerajaan sedang menggalakkan pengeluar barangan tempatan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menghasilkan produk yang berkualiti dan berupaya untuk dieksport, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Teo Chew Malaysia 2015.

Beliau berkata berikutan kejatuhan nilai ringgit, perniagaan yang berorientasikan eksport dan menggunakan bahan mentah tempatan dalam pengeluaran produk akan mengaut keuntungan berbanding perniagaan berorientasikan import.

Katanya, kerajaan telah menubuhkan Majlis Eksport Malaysia Negara tahun lepas untuk menggiatkan aktiviti eksport daripada 19 peratus kepada 25 peratus menjelang 2020.

Wee berkata kerajaan akan membantu usahawan PKS termasuk daripada segi dana untuk mereka mengembangkan pasaran eksport.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.