Kiriman pada: Tue, Dec 15th, 2015

Sektor Swasta Main Peranan Penting Dalam Strategi Pertumbuhan Hijau

Kongsi maklumat ini
Tags

KL22_141215_TPMKuala Lumpur – Masyarakat perniagaan digesa bekerjasama secara kolektif dengan kerajaan bagi melaksanakan strategi pertumbuhan hijau ke arah memulihara alam sekitar.

Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sektor swasta sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi harus menerajui dalam menggunapakai teknologi canggih untuk pembangunan lestari.

Beliau ditemui ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Bunga Raya Perdana Menteri (PMHA) 2014/2015.

Hadir sama Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata pembangunan mampan tidak lagi menjadi pilihan atau mungkin sebagai alternatif tetapi ia adalah isu keutamaan global, yang memerlukan tindakan segera oleh semua negara demi kebaikan bersama dan masa depan.

Beliau berkata anugerah ini boleh memainkan peranan penting untuk menggalakkan industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tampil ke depan untuk menimba pendedahan yang lebih besar dan belajar daripada peneraju bidang mengenai amalan kelestarian terbaik.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.