Kiriman pada: Wed, Jan 27th, 2016

Selamat Datang Ke Universiti Facebook Malaya

Kongsi maklumat ini
Tags

ufm171DISINI kita menawarkan segala ilmu dunia yang tidak terbatas seperti universiti-universiti yang sedia ada. Pada zaman teknologi ini manusia yang bayak ilmu yang tidak bertauliah lebih dipandang mulia dari mereka yang berilmu dan bertauliah dari saluran yang betul.

Hasil kajian kami, para graduan dari Universiti Facebook Malaya(UFM) berjaya dengan cemerlang atas semua ilmu dunia dan tidak tertumpu pada satu kemahiran. Di UFM telah mengamalkan budaya luahan simpati supaya negara nampak lebih lemah kepada negara-negara luar.

UFM menyediakan pakar-pakar yang bermutu tinggi lebih-lebih lagi di dalam kursus penghasutan demi masa depan pelajar. Kemahiran yang paling dapat banyak sambutan adalah kemahiran mengfitnah. Jika kantoi fitnah, kita boleh minta maaf dan juga mengatakan yang kita hanya melawak. Kelayakkan menjadi pakar adalah, berjaya menambahkan kehitaman di dalam hati rakyat.

Bukti yang UFM ini adalah universiti yang terbaik telah di buktikan oleh pendemo bantah tppa pada sabtu lepas. Ketika di ajukan soalan dari mana mereka dapat tahu tentang tppa, mejoriti menjawab daripada Facebook(UFM). Soalan kedua pula kenapa bantah tppa, dan jawapan mereka kerana tppa tidak bagus dan membahayakan negara sehingga boleh mengakibatkan negara tergadai. Kemudian soalan terakhir di ajukan pada mereka yang mengakibatkan mereka ternganga terpinga-pinga untuk menjawab sehingga air muka berubah adalah ‘di mana buruk bahaya salahnya tppa?’. Teserlah bahawa UFM ini memang bagus kerana membuatkan rakyat tidak dapat membezakan auta atau fakta.

Yang terbaru adalah mana datangnya RM2.6billion? Hasil dari siasatan, duit yang masuk adalah sebanyak RM2.08billion bukan RM2.6billion. UFM telah mengaturkan strategi agar rakyat lebih pening dengan mana satu auta mana satu fakta. Pihak UFM sedang menunggu tindak balas dari pakar-pakar, antara mereka ingin minta maaf atau mereka hanya ingin mengatakan ia sekadar melawak.

Untuk masa sekarang, kursus yang paling diminati dan popular adalah kursus ekonomi, syariat ISLAM, undang-undang dan hasutan. Kursus yang banyak melahirkan graduan-graduan yang cemerlang adalah dari kursus undang-undang apabila terlampau ramai yang telah menjadi hakim atas selogan pakar dari pihak UFM iaitu ‘RAKYAT HAKIM NEGARA’. UFM memang tidak pernah mengecewakan. Memecahbelahkan ummah, memutuskan silaturahim, mehitamkan hati dan seangkatan dengannya adalah target UFM.

“Jika anda seorang yang berilmu, anda akan faham apa yang cuba ingin disampaikan. Kita hanya tahu membantah, kita hanya tahu bersimpati, kita hanya tahu menybarkan fitnah dan sebagainya. Kadang kala kita teralpa dengan perbuatan kita kerana terlampau mengikuti emosi sehingga terlupa yang diri sendiri mempunyai akal yang waras.

Tidak dinafikan kita punyai hak untuk bersuara, akan tetapi apabila setengah pihak bersuara untuk membetulkan fakta atas penyebaran auta, hati mula rasa tidak tenang kerana keliru dengan yang mana satu auta mana satu fakta. Kadang kala bukannya tidak faham dengan fakta, cuma keliru penyebaran auta telah berjaya membasuhi minda dan menghitamkan hati pembaca.

Jika itu bukan bidang kita, tidak salah untuk kita bertanya agar tidak nampak kekurangan cerdik kita. Jangan cepat terpedaya dengan segala auta kerana ia boleh memudaratkan diri kita

Bangunlah rakyat MALAYSIA.
Berlajarlah membezakan ‘AUTA’ dan ‘FAKTA’.
Jangan kerana auta hidup anda sengsara.
Letakkan IMAN anda di hadapan NAFSU anda.
Biar berilmu agar kita tidak mudah terpedaya.”

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.