Kiriman pada: Sat, Nov 5th, 2016

Selamat Kembali Ke Tanah Air

Kongsi maklumat ini
Tags

selamatBeijing – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pulang ke tanah air pada Sabtu setelah melakukan lawatan yang berjaya dalam meningkatkan hubungan Malaysia-China ke tahap lebih tinggi.

Pesawat yang membawa Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berlepas dari Beijing Capital International Airport pada 10.20 pagi waktu tempatan (sama seperti waktu di Malaysia).

Lawatan peringkat tertinggi itu, atas undangan rakan sejawatan beliau, Perdana Menteri China Li Keqiang, adalah lawatan rasmi ketiga Najib sejak 2009.

Pencapaian paling utama beliau dalam lawatan kali ini adalah menyaksikan pemeteraian 14 perjanjian berhubung beberapa projek ikonik dan mega bernilai RM144 bilion antara syarikat Malaysia dan China yang akan menyumbang kepada pertumbuhan sosio ekonomi Malaysia.

Najib turut menyaksikan pemeteraian 14 Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan pertahanan, ekonomi, pertanian, pendidikan, kewangan dan sektor pembinaan antara kedua-dua negara.

Selain mengadakan mesyuarat delegasi dengan Presiden China Xi Jinping dan pertemuan dua hala dengan Li, beliau turut bertemu 33 Peneraju Industri China. Pertemuan beliau dengan hartawan internet China Jack Ma dimaktubkan dengan pelantikan Ma sebagai penasihat ekonomi digital Malaysia, untuk membantu Malaysia dalam memacu langkah negara ke arah ekonomi digital.

China adalah rakan dagang terbesar Malaysia pada 2015, kedudukan yang kekal sejak 2009. Jumlah dagangan dua hala pada 2015 adalah US$100 bilion.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.