Kiriman pada: Sun, Mar 1st, 2015

Selangor Bangkit Sebelum Tempah Slot Ke Pusingan Ketiga Piala FA

Kongsi maklumat ini
Tags

SELANGOR/PIALA FAKuala Lumpur – Pasukan Selangor diheret ke penentuan sepakan penalti sebelum menang 4-2 ke atas Felda United FC (FUFC) pada aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Skuad ‘Gergasi Merah’, yang juga juara lima kali Piala FA, dijangka berdepan saingan sengit dari Terengganu pada pusingan ketiga, Mac ini.

Terengganu pula melakar kemenangan selesa 3-1 ke atas Melaka United di Stadium Hang Jebat, Melaka dalam saingan pusingan kedua.

Kelab dari Singapura, Lions XII turut melangkah ke pusingan seterusnya selepas membenam Kedah United 4-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Lions XII bakal berdepan SPA Putrajaya FC pada pusingan seterusnya selepas wakil kelab Lembah Klang itu mengalahkan kelab dari Pahang, Kuantan FA 3-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya.

Wakil kelab Terengganu, T-Team pula diheret ke perlawanan masa tambahan sebelum menang 3-0 ke atas Angkatan Tentera Malaysia pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Menanti mereka di pusingan ketiga adalah Perak yang mengalahkan wakil Pahang, Shahzan Muda 3-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Pulau Pinang turut melangkah ke pusingan ketiga berdepan Negeri Sembilan selepas menang tipis 1-0 ke atas Perlis hasil sepakan percuma Mohd Faiz Subri pada minit ke-71 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Darul Ta’zim II (JDT II) bangkit daripada ketinggalan satu gol sebelum menang tipis 2-1 ke atas Selangor PKNS FC untuk bertemu Kedah.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.