Kiriman pada: Sat, Dec 12th, 2015

Red Giants benam Helang Merah, muncul juara Piala Malaysia 2015

Kongsi maklumat ini
Tags

TM PIALA MALAYSIA 2015SHAH ALAM: Selangor menjuarai Piala Malaysia selepas menewaskan Kedah, 2-0, pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, di sini, yang berakhir sebentar tadi. Jaringan kemenangan skuad The Red Giants itu diperoleh menerusi sentuhan penyerang mereka, Ahmad Hazwan Bakri, masing-masing pada minit ke-4 dan ke-47. Kedah yang juga juara Liga Perdana musim ini, terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas penjaga gol mereka dibuang padang gara-gara menampan bola di luar kotak penalti ketika saingan berbaki tujuh minit.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.