Kiriman pada: Thu, Nov 5th, 2015

Sembilan Kawasan Di Hulu Selangor Alami Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual

Kongsi maklumat ini
Tags

gdvKuala Lumpur – Sebanyak 731 premis di Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan air sejak malam tadi berikutan penutupan Loji Rawatan Air Selisek akibat pencemaran bahan ammonia tinggi dalam air Sungai Selisek.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Amin Lin Abdullah berkata loji itu terpaksa ditutup sementara dan akan dibuka semula apabila paras kandungan ammonia di air sungai itu terkawal.

Beliau berkata Syabas telah mengambil tindakan proaktif bagi mengurangkan kesulitan pengguna dengan memberi bantuan bekalan air menerusi lori tangki dan tangki statik ke kawasan terjejas.

Kawasan yang terlibat adalah Kampung Sungai Nilam/Kampung Seri Pagi, Kampung Lalang Sungai Selisek, Rumah Murah Pkt 2 Sungai Selisek, Kampung Serigala Sungai Selisek, Kampung Orang Asli Serigala Sungai Selisek, Kampung Bahom Sungai Selisek, Kampung Sekolah, Kuarters Klinik dan Kampung Gesir Tengah Sungai Selisek.

Maklumat lanjut mengenai ganguan bekalan itu, boleh dimuat turun melalui aplikasi mySYABAS atau melayari www.syabas.com.my.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.