Kiriman pada: Wed, Nov 23rd, 2016

Seminar Mensucikan Anwar Ibrahim

Kongsi maklumat ini
Tags

mensucikanKerajaan Negeri Selangor dikhabar akan mengadakan satu seminar yang akan memberi fokus kepada pemikiran Anwar Ibrahim yang mana turut menjemput guru-guru dari Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) untuk dibawah jemputan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Tidak perlulah kita pertikaikan kenapa kerajaan Negeri Selangor mahu mengadakan seminar sedemikian kerana kita pun faham Selangor bukanlan dibawah kerajaan Barisan Nasional, Selangor kini dibawah jajahan parti pembangkang yang dketuai oleh DAP yang mana Menteri Besarnya pula dari PKR.

Mereka mengunakan segala kuasa yang mereka ada untuk menaikkan semula nama Anwar setelah Mahathir Muhamad yang kini dapat menerima Anwar Ibrahim sebagai rakan setia didalam pakatan pembangkang dan mengunakan jentera termasuk JAIS bukan lah sesuatu yang menghairankan kerana ianya dengan tujuan mahu mensucikan Anwar yang tercemar dengan liwat.

Kita tidak tahu secara mendalam akan berhubung perkara seminar tersebut, tetapi jika tajuknya sahaja menjurus untuk mengkaji pemikiran Anwar sudah pasti pihak-pihak yang berlatar belakang agama ini akan terjerumus kepada pemikiran seorang yang menyokong golongan pluralisme, liberalisme, biseksual dan transgender (LGBT), malah dirinya sendiri pun didapati bersalah kerana meliwat, bukan sekali tetapi 2 kali telah disabitkan bersalah meliwat oleh mahkamah.

Persoalannya adakah layak seorang yang pernah didapati bersalah kerana meliwat dan terlibat dengan salah guna kuasa dijadikan model contoh untuk dikupas pemikirannya dan kemungkinan akan di jadikan sebagai ikon negara, tidakkah ini sekadar mahu mengangkat darjat Anwar di mata orang beragama termasuk anak-anak muda yang sedang mendalami ilmu agama.

JAIS mungkin telah dipergunakan untuk mengelirukan orang ramai terutamanya rakyat Selangor, masakan JAIS dapat menerima seorang yang pernah didapati bersalah kerana meliwat diambil untuk di jadikan model kepada anak muda sebagai tokoh pemikir yang boleh mencorakkan pembangunan pendidikan Islam kepada golongan pendidik dan anak-anak Selangor.

Cuma yang pasti seminar pemikiran Anwar ini hanyalah untuk mengangkat martabat dan mensuci serta mendewakan Anwar Ibrahim.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.