Kiriman pada: Wed, Dec 30th, 2015

Semua mangsa banjir dibenarkan pulang

Kongsi maklumat ini
Tags

BANJIR DI KEMPADANG / ANIZA ADAMKUANTAN: Semua 51 mangsa banjir ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang, dekat sini, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bermula jam 9 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri, Kolonel Zainal Yusoff, berkata pusat pemindahan itu juga ditutup sepenuhnya berikutan keadaan cuaca yang baik sejak semalam. “Keadaan cuaca di daerah ini baik dan tidak ada kawasan menerima taburan hujan lebat sejak semalam.

“Pusat pemindahan ini ditutup sepenuhnya kira-kira jam 10 pagi. Semua penduduk dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempadang dan Kampung Berjaya Permai yang ditempatkan di sini sudah mula pulang ke kediaman masing-masing bermula jam 9 pagi tadi,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.