Kiriman pada: Fri, Nov 25th, 2016

Semua Pihak Perlu Hormat Institusi Parlimen

Kongsi maklumat ini
Tags

hormatKuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan semua pihak perlu menghormati institusi Parlimen.

Katanya beliau melihat insiden yang berlaku di Parlimen hari ini yang melibatkan seorang Anggota Parlimen pembangkang cuba diserang sekumpulan individu adalah satu perkara yang serius.

“Saya pandang serius kejadian di Parlimen hari ini dan sebarang tindakan berunsur keganasan terhadap ahli Dewan Rakyat.

“Kejadian itu sedang disiasat dan saya yakin @PDRMsia akan lengkapkan siasatan secepat mungkin,” kata Najib menerusi catatan di laman rasmi Twitter @NajibRazak malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi tadi, Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad telah cuba diserang oleh sekumpulan 20 individu sebaik beliau tiba di pekarangan Parlimen.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata polis telah mengenal pasti 10 individu yang disyaki terlibat dalam insiden itu dan meminta mereka tampil untuk membantu siasatan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.