Kiriman pada: Wed, Mar 25th, 2015

‘Senarai harga rokok naik PALSU’

Kongsi maklumat ini
Tags

11077704_926348347399427_2135071990_nKuala Lumpur: Syarikat British American Tobacco (BAT) Malaysia menafikan senarai harga rokok yang menjadi viral pada hari semalam adalah harga semakan bermula 1 April.
Dalam satu kenyataan ringkas, jurucakap BAT berkata, mereka sedar berkenaan senarai harga yang diedarkan melalui media sosial.
“Pihak kami menegaskan bahawa senarai harga itu adalah palsu dan laporan polis sudah dibuat.
“Pada masa yang sama, kami mengesa orang ramai supaya tidak mengedar senarai harga itu,”kata kenyataan itu.
Senarai harga itu diedarkan dalam media sosial sejak malam semalam sehingga menimbulkan tanda tanya sama ada kenaikan itu adalah disebabkan oleh pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada minggu hadapan.
Berdasarkan kepada senarai harga palsu itu, setiap rokok keluaran BAT mengalami kenaikan sebanyak RM2 iaitu setinggi 18 peratus.
Bagaimanapun terdapat jenis rokok di dalam senarai itu yang tidak di jual di Malaysia seperti jenis Pall Mall kretek.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.