Kiriman pada: Thu, Jul 16th, 2015

Sengsara Selepas Hari Raya

Kongsi maklumat ini
Tags

IMG-20130812-WA0001Sudah menjadi kelaziman, ramai dalam kalangan kita yang gemar beli-belah persiapan menyambut Hari Raya pada saat-saat akhir. Trend-trend peniaga masa kini yang menganjurkan karnival jualan murah pada minggu-minggu terakhir Ramadhan, tambah menarik minat orang ramai. Itu belum lagi jualan di bazar-bazar terbuka, seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara.

Setiap tahun pada malam menjelang hari raya berduyun-duyun warga kota membanjiri kawasan itu sahingga pagi bagi mendapat kan barangan keperluan saperti baju kurung/melayu, songkok, sampin dan kueh raya yang di jual dengan harga lelong.

Tidak dinafikan harga yang di tawarkan memang amat murah yang mungkin tidak boleh di dapati pada masa-masa yang lain. Namun kita perlu bijak merancang perbelanjaan, Buatlah senarai untuk di semak dan membeli barangan yang benar-benar perlu bagi mengelak pembaziran.

Sebaiknya kita tetapkan selebih awal peruntukkan perbelanjaan baik untuk pakaian baru, pemberian duit raya dan juga kos perbelanjaan untuk pulang ke kampong dan perbelanjaan selepas hari raya yang perlu di tanggung agar kita tidak kesempitan kewangan sebaik selepas sambutan hari raya.

Perlu juga di fikirkan perbelanjaan di luar jangkaan saperti kerosakkan kenderaan atau atau lain lain perkara yang melibatkan kewangan.

Semasa berbelanja buatlah pilihan dan hendaklah sentiasa berfikiran rasional, jangan membeli barang yang tidak perlu hanya kerana semata-mata barangan itu di tawar dengan harga yang murah, jika berkesempatan buatlah perbandingan terlebih dahulu atau buat semakkan secara di talian.

Harus di ingat musim perayaan tidak terkecuali dari keperluan menabung, Kita di syurkan mengenepikan sekurang-kurangnya 10% dari gaji bulanan bagi memastikan kita masih mempunyai wang untuk belanja seharian selepas musim perayaan berakhir.

Dalam sebok berbelanja untuk keperluan hari raya, Kita turut di ingatkan agar memastikan semua komitmen bulanan telah di bayar, Ia terutama penjawat awam yang telah menerima gaji awal ia itu pada 9 Julai yang lalu begitu juga pada mereka yang telah menerima gaji lebih awal daripada yang sepatutnya, kena ingat bahawa bayaran gaji setrusnya akan mengambil masa yang agak panjang untuk di tunggu.

Justru berbelanjalah secara berhemah mengikut kemampuan, jangan di ikutkan nafsu, Amalkan sikap sederhana dalam berbelanja, Puasa melatih kita untuk berjimat, Paling penting elakkan dari berhutang. Kita digalakan mengunakan tunai dari kad kredit bagi mengelakkan daripada beban hutang selepas musim perayaan.

Kegairahan menyambut Syawal menyebabkan penambahan gulungan penghutang, Masalah itu kini sudah menjadi trend dalam semua perayaan tidak kira perayaan apa pun termasuk Tahun baru Cina dan Depavali.

Bagi mereka yang mempunyai niat untuk memimjam daripada pihak pemberi hutang berlesen anda perlu memikir sedalam- dalamnya sebelum membuat pimjaman. Jangan kerana nak bergaya kita menjadi sesara selepas Hari Raya.

Selamat Hari Raya buat semua pembaca PostMetro.net

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.