Kiriman pada: Thu, Aug 13th, 2015

Seniman Karim Latif Dimasukkan HKL, Akibat Masalah Paru-Paru

Kongsi maklumat ini
Tags

rims_field_image_listing_featured.variantKuala Lumpur – Seniman veteran, Karim Latiff atau nama sebenar Abdul Karim Abdul Latiff, 78, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, sejak Sabtu lalu, selepas mengadu sakit dada.

Anak sulungnya, Izuddin Nizam, 43, berkata, keadaan kesihatan ayahnya kini semakin baik dan menunjukkan perkembangan positif namun masih belum dibenarkan keluar wad.

“Pada Sabtu lalu ayah mengadu sakit dada dan sukar bernafas sebelum kami membawanya ke hospital. Selepas pemeriksaan, doktor memaklumkan paru-parunya berair.

“Ayah kini sudah beransur pulih dan mula berselera menjamah makanan, cuma masih perlukan pemantauan bagi memastikan kesihatannya kembali seperti sedia kala.

“Sebenarnya ayah jarang diserang sakit yang teruk. Sejak disahkan menghidap diabetes beberapa tahun lalu, beliau mengambil berat soal pengambilan makanan,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Karim yang pernah bekerja sebagai pengalih suara di RTM sinonim dengan watak Safar di layar perak menerusi Ahmad Albab bersama Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Beliau berjinak-jinak dengan dunia seni sejak berusia lapan tahun sebagai penyanyi malah anak jati Rembau, Negeri Sembilan itu pernah menyertai pertandingan Bintang Radio pada tahun 1950-an sehingga peringkat akhir.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.