Kiriman pada: Mon, Jan 19th, 2015

Seramai 16 Peserta Dari Rantau Asian Bakal Bersaing Pada Festival Tropfest SEA

Kongsi maklumat ini
Tags

AFILMKuala Lumpur – Seramai 16 peserta dari rantau Asian bakal bersaing pada Festival filem pendek Tropfest South East Asia (Tropfest SEA) yang akan berlangsung di Pulau Pinang 1 Februari ini.

Juara pertandingan akan membawa pulang wang tunai AS$12,000 (RM43,150) tajaan Yayasan Sime Darby.

Bertemakan roda, pertandingan itu bakal menyaksikan karya peserta dari Kemboja, Malaysia, Filipina, Singapura dan Vietnam.

Karya mereka akan ditayangkan pada Malam Pesta Tropfest SEA 2015 di hadapan ribuan penonton.

Antara hakim yang akan menilai karya peserta adalah pakar sinematografi Christopher Doyle yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam industri perfileman.

Sebelum itu, pada 28 dan 29 Januari ini, Tropfest SEA akan menganjurkan beberapa acara antaranya tayangan filem di Hin Bus Depot Art Centre yang bermula pada jam 6 petang.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.