Kiriman pada: Sat, Jan 21st, 2017

Serang MCA – U-turn Mahathir Untuk Kuatkan DAP

Kongsi maklumat ini
Tags

Itu adalah perkara yang sebenarnya, seperti membaling bilah bombrang yang hujungnya akan memberi keuntungan kepada pihak pembangkang, sedangkan dahulu MCA lah diata parti komponan BarisanNasional yang benayk membantu pentadbiran Mahathir selama 22 tahun.

Tanpa MCA dan beberapa parti lain didalam komponan Barisan Nasional, Mahathir bukanlah Perdana Menteri selama 22 tahun, tapi demi ingin memberi kemenangan kepada parti yang kini menjadi rakan karibnya DAP, Mahathir sanggup melupakan segala kebaikkan dan bantuan yang telah di hulurkan oleh MCA.

Seperti kacang lupakan kulit kelaku Mahathir ketika ini bila mula menyerang MCA dan cuba menonjolkan parti DAP sebagai sebuah parti yang banyak berjasa dari parti MCA, tuduhan bahawa parti MCA yang mahu merebut jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah tindakan terdesak Mahathir untuk membantu DAP.

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa, itu yang terjadi kepada Mahathir bila terpaksa membuat u-turn berhubung kenyataannya bahawa kepimpinan DAP hanya mahu jatan Timbalan Perdana Menteri dan bukanya jawatan Perdana Menteri.

Salah ‘sebut’ ini menyebabkan rakan sekutunya duduk tidak selesa, yang menjadikan Mahathir mengalihkan kenyataannya bahawa parti MCA yang mahukan jawatan tersebut dan bukannya DAP, mungkin kerana takut di marahi oleh pemimpin DAP kerana pendedahan itu makan Mahathir membuat kenyataan balas dan menghalakannya kepada MCA.

Mahathir terpaksa berlaku seperti telah melakukan kesilapan membuat kenyataan tetapi perkara sudah menjadi bubur, kebanyakkan pemerhati politik sedar bahawa u-turn nya Mahahtir adalah kerana ianya telah di beri amaran kerana telah membangkitkan kemarahan bossnya Lim Kit Siang.

Sebenarnya Mahathir tidak perlu membuat u-turn sekali pun kerana rakyat telah pun faham bahawa DAP memang ada menginginkan kerusi Timbalan Perdana Menteri.

Tidak perlulah Mahathir menghalakan kesilapannya kepada MCA, tanggung sahajalah kesilapan itu, rakyat pun tahu, mungkin untuk membeli semula jiwa Lim Kit Siang peluang masih terbuka cuma menyerang MCA adalah satu kesilapan dalam perancangan Mahathir.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.