Kiriman pada: Fri, Jan 15th, 2016

Serangan Jakarta: Malaysia dapatkan risikan Indonesia

Kongsi maklumat ini
Tags

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN / HALATUJU MINDEF 2016GENTING HIGHLANDS: Malaysia akan mendapatkan maklumat risikan Indonesia berhubung serangan berdarah di Jakarta, semalam termasuk kemungkinan didalangi militan Kumpulan Negara Islam (IS) atau pengganas lain. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memastikan serangan seperti itu tidak berlaku di negara ini. “Kebimbangan saya ialah jika serangan itu benar-benar dilancarkan IS,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Hala Tuju Kementerian Pertahanan 2016, di sini, sebentar tadi. Kumpulan menyokong IS di Jakarta dilaporkan mendakwa serangan berdarah berkenaan didalangi militan terbabit. Dalam serangan bom dan senjata api itu, dilaporkan tujuh orang maut, termasuk lima suspek pengganas.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.