Kiriman pada: Mon, Aug 10th, 2015

Serangan ke atas bapa saya hanya merugikan negara

Kongsi maklumat ini
Tags

81439179081_NAZIFUDDINNAJIBKUALA LUMPUR: Anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Mohd Naziffuddin Najib menyifatkan serangan peribadi ke atas bapanya bukan sahaja memberi kesan terhadap bapanya malah boleh menyebabkan rakyat menderita.

Turut kecewa dengan serangan bertalu-talu yang dilempar pelbagai pihak terhadap bapanya, Nazifuddin berkata pelbagai tuduhan yang dibuat itu juga boleh merugikan negara.

“Ketidakpercayaan akan membuatkan masyarakat sanggup ‘mengorbankan’ negara semata-mata untuk menjatuhkan perdana menteri.

“Ini kerana pelabur-pelabur asing takut untuk melabur kerana beranggapan negara tidak stabil, sekali gus menyebabkan nilai mata wang kita jatuh dan seterusnya akan mempengaruhi ekonomi secara keseluruhannya,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia selepas merasmikan Cafe Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di sini pada Ahad.

Nazifuddin berkata tohmahan itu dilihat sebagai rancangan pihak berkepentingan untuk menjatuhkan bapanya.

“Pihak berkenaan harus sedar tekanan yang mereka berikan tidak memperbaik keadaan, sebaliknya memburukkan situasi negara dalam pelbagai aspek, seterusnya kita sendiri yang akan terkesan.

“Saya berharap masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin yang tidak sahih dan memikirkan implikasinya terhadap kesejahteraan negara dalam jangka masa panjang,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.