Kiriman pada: Tue, Feb 14th, 2017

Serangan Mahathir Terhadap Najib Hanya Momokan

Kongsi maklumat ini
Tags

Jangan salah faham berhubung dengan dengan pengakuan Mahathir bahawa imej DAP menjadi buruk adalah kerana dirinya yang sering membuat momokkan terhadap kepimpinan parti DAP.

Apa yang cuba disampaikan oleh Mahathir bahawa konon dirinya mempunyai ‘super power’ untuk melemahkan mana mana musuhnya dengan segala tipu muslihat, dan pengakuannya itu tidak lebih tidak bukan hanya mahu menonjolkan bahawa dirinya maha hebat.

Di dalam rakaman video dialog Mahathir bersama parti Bersatu dan DAP yang diadakan di Alor Setar, Beliau juga mengakui bahawa tindakannya dahulu hanyalah sebagai strategi politik.

Jadi kita seharusnya juga mengambil kefahaman bahawa tindakkan Mahathir menyerang parti UMNO dan Dato’ Seri Najib tidaklah ada lain melainkan hanya strategi politik sahaja dan bolehlah kita mengandaikan bahawa segala yang dituduh oleh Mahathir terhadap Dato’ Seri Najib hanyalah strategi politik beliau.

Jika ketika bersama UMNO beliau mengambarkan bahawa kepimpinan dan parti DAP sebagai sebuah parti yang jahat dengan menakut-nakutkan rakyat dan pengundi Melayu yang kononnya jika DAP memerintah maka nasib orang Melayu akan terabai.

Jadi begitulah juga boleh kita andaikan hari ini, bila Mahathir menyertai pembangkang dan duduk bersama DAP yang kini menyerang kepimpinan Dato’ Seri Najib dan UMNO dengan menakut-nakutkan orang Melayu dan rakyat Malaysia bahawa negara sekarang ini sedang diambang kemusnahan adalah semata momokan strategi politik sahaja.

Mahathir mengakui bahawa sekiranya sesebuah parti itu mahu menang didalam pilihan raya maka mereka harus momokkan parti lawan tersebut, ini yang Mahathir lakukan hari ini dengan memomokkan parti UMNO setelah berkawan dengan DAP semata hanya mahu memenangi pilihan raya dari pengalaman beliau.

Jadi walaupun Mahathir menuduh Najib sebagai penyamun atau apa sahaja gelaran yang beliau mahu ianya adalah satu momokkan sahaja dan bukan ada satu pun kebenarannya seperti mana pembangkang dahulu pernah memomokkan Mahathir dengan gelaran Mahafiaun dan Mahazalim.

Kita anggap sahaja di waktu ini Mahathir seperti sedang bermain momok dengan cucu-cucunya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.