Kiriman pada: Sun, Nov 15th, 2015

Serangan maut Paris dedah ‘peringkat IS seterusnya’: Penganalisis

Kongsi maklumat ini
Tags

A general view of the scene shows rescue service personnel working near the covered bodies outside a restaurant following a shooting incident in ParisBEIRUT: Keupayaan kumpulan militan Negara Islam (IS) menjalankan serangan maut Paris didakwa mendedahkan bahawa rangkaian jihad global itu semakin canggih dan memiliki capaian lebih meluas, kata penganalisis. Serangan terancang itu berlaku sehari selepas lebih 40 orang maut dalam pengeboman serentak di pinggir selatan Beirut, dalam serangan yang turut didakwa dilakukan IS. Rangkaian jihad itu berulang kali mengancam negara Eropah termasuk Perancis dengan serangan pengganas. Satu video disiarkan Julai lalu yang memaparkan seorang pejuang fasih berbahasa Perancis berkata, IS akan “menyembelih anda di jalanan Paris.” Namun serangan di Paris adalah kes pertama keganasan skala terbesar IS di Eropah. Seorang felo kanan Institut Penyelidikan Dasar Luar, Clint Watts, berkata tekanan yang diberi ke atas Perancis kemungkinan mewakili peringkat seterusnya IS. “Kita akan melihat mereka beralih daripada operasi konvensional dan pemberontakan di Iraq dan Syria kepada ke arah serangan pengganas dalam rangkaian tambahan mereka,” katanya. Sejak serangan Januari lalu ke atas pejabat akhbar satira Charlie Hebdo di Paris di mana lebih 12 orang maut, polis Perancis menahan beberapa individu yang didakwa ada kaitan dengan IS.

Beberapa siri insiden, menurut penganalisis jihadism, Aymenn al-Tamimi, menunjukkan bahawa “ia boleh dipersoalkan untuk menggelar serangan Paris, satu peralihan dalam strategi (IS).” Namun Tamimi berkata, insiden itu namun tidak menunjukkan satu peralihan dalam kadar kejayaan serangan. “Ia sudah pasti satu serangan tidak dijangka buat mereka dari segi hasilnya di Eropah. Ia menunjukkan mereka memiliki rangkaian di Eropah, bukan hanya peminat yang melakukan serangan bersendirian,” tambahnya. Katanya, dengan fokus Perancis ke atas perbezaan mazhab dan majoriti warganya yang menyertai pejuang IS, Paris menjadi sasaran logik. Serangan terancang itu menyaksikan tembakan, pengeboman bunuh diri serta tawanan di sebuah stadium, dewan konsert dan kawasan lain di sekitar ibu kota Perancis itu membunuh 128 orang manakala lebih 200 cedera. Seorang ahli akademik yang memfokuskan aktiviti IS, Charlie Winter, berkata ini adalah trajektori (sasaran) logik buat strategi IS. “Ia bergerak jauh daripada pengembangan dan penggabungan di Iraq, Syria dan Libya untuk memastikan ia kini memiliki momentum dengan menjalankan serangan di negara asing seperti Lubnan, Teluk dan Perancis,” katanya. Bagi Watts, kelewatan Perancis dalam “mengakui masalah pelampaunya” membiarkan ruang buat IS membentuk rangkaian tunas jihad. “Perancis berdepan masalah serius. Per kapita, mereka memiliki jumlah tinggi pejuang asing berulang alik dari Syria, selain kemudahan jaringan pengganas yang tidak dapat ditandingi,” katanya. – AFP

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.