Kiriman pada: Thu, Jan 21st, 2016

‘Serangan’ tak jejas tugas Mukhriz sebagai MB Kedah

Kongsi maklumat ini
Tags

MUKHRIZ MAHATHIR / ISTANAALOR SETAR: Kemelut kepimpinan Kedah yang melanda Datuk Seri Mukhriz Mahathir, tidak menghalang tugas beliau sebagai Menteri Besar Kedah. Walaupun 14 Ketua UMNO bahagian negeri tidak menyokong kepimpinannya, Mukhriz memenuhi jadual tugas seperti biasa dengan menghadiri Istiadat Penganugerahan Pingat dan Darjah Kebesaran (Siri 2) sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-88, di Istana Anak Bukit, pagi ini. Malah, beliau yang ditemani isteri, Tok Puan Norzieta Zakaria, kelihatan tenang sepanjang berjalan masuk ke Balai Penghadapan Istana Anak Bukit. Mukhriz yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah menerima tamparan hebat apabila majoriti pemimpin UMNO negeri diketuai 14 Ketua UMNO bahagian, yang bukan sahaja menyatakan hilang kepercayaan, malah turut mendesak kepimpinan beliau selaku Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dan Menteri Besar Kedah diganti. Seramai 160 individu menerima pingat dan darjah kebesaran pada sesi kali ini didahului Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan, yang menerima Darjah Datuk Paduka Mahkota Kedah (DPMK) membawa gelaran Datuk. Istiadat itu disempurnakan Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.