Kiriman pada: Thu, Jul 9th, 2015

Seronok tadarus setiap hari

Kongsi maklumat ini
Tags

10hmkatam.transformedPutrajaya: “Jika sebelum ini saya hanya sempat membaca al-Quran seminggu sekali, tetapi pada Ramadan kali ini saya dapat membaca ayat suci al-Quran setiap hari bersama rakan menerusi program ini,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) 11 A(1) Suraya Ashila Sharani.
Pelajar berusia 14 tahun itu antara 590 peserta Khatam Al-Quran Perdana 1435H di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di sini.
Suraya Ashila berkata, menerusi program itu, dia dapat memperbaiki bacaan, selain dapat menenangkan hati.
“Walaupun ini kali pertama saya menyertai program ini, namun saya seronok lebih-lebih lagi membaca al-Quran bersama rakan sekolah sejak hari pertama Ramadan.
“Ia langsung tidak membebankan saya, malah ibu bapa juga memberi galakan untuk saya menyertainya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penutupan Khatam Al-Quran Perdana 1435H di sini, semalam.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.