Kiriman pada: Mon, Aug 10th, 2015

Serpihan MH370 di Maldives?

Kongsi maklumat ini
Tags

mhh.jpg.transformedColombo: Selepas Maldives turut menyertai carian serpihan pesawat MH370 berikutan ada laporan penduduk pulau itu menemui serpihan, pihak berkuasa Malaysia kini memberitahu Madagascar, Afrika Selatan dan Mauritius supaya turut sama melaporkan jika ada serpihan ditemui di pantai mereka.
Polis Maldives menyatakan ada penduduk memberitahu semalam, beberapa serpihan ditemui di pantai pulau itu dengan sebahagiannya berlaku sebulan lalu.
Menteri di Pejabat Perdana Menteri Maldives, Mohamed Shareef, berkata pegawainya bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia dalam usaha mencari dan mengenal pasti serpihan mungkin dari pesawat MH370.
“Kami mengumpul semua serpihan yang tidak dikenali dan menyimpannya dalam gudang untuk dilakukan ujian menentukan sama ada ia dari pesawat berkenaan atau tidak.
“Kami tidak melakukan apa-apa ujian tetapi menghantar gambar serpihan yang ditemui dan menunggu tindak balas mereka,” katanya kepada AFP melalui telefon.
Media tempatan melaporkan serpihan terbesar berukuran lapan kaki panjang dan dua kaki lebar, terdampar di pantai berkenaan dan pihak berkuasa menyimpannya untuk diperiksa pakar.
Shareef berkata, Maldives berkongsi data radar pertahanan dan pengawasan dengan Malaysia berikutan laporan ada pesawat tidak dikenali dilihat terbang rendah di kepulauan itu selepas MH370 dilaporkan hilang.
“Kami sudah memeriksa data radar dan maklumat lain dan jawapannya adalah negatif. Tidak ada pesawat besar di kawasan itu dan kita berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa Malaysia,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.