Kiriman pada: Tue, Jul 14th, 2015

Sesak teruk di NPE, turap jalan ketika waktu puncak

Kongsi maklumat ini
Tags

KESESAKAN DI JALAN BANGSARKUALA LUMPUR: Kerja penurapan jalan dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika waktu puncak menyebabkan majoriti warga kota terperangkap lebih dua jam untuk sampai ke tempat kerja di pusat bandar yang sepatutnya tidak sampai satu jam. Kerja terbabit dijalankan selepas stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Jalan Bangsar menuju ke Brickfields, sehingga memaksa pengguna jalan raya menempuh kesesakan lalu lintas luar biasa dari Plaza Tol Pantai Dalam menuju ke pusat bandar hingga ke persimpangan Jalan Travers. Kakitangan swasta, Malid Omar, 63, dari Subang menyifatkan DBKL tidak sepatutnya membuat kerja penurapan jalan ketika waktu puncak orang ramai hendak pergi kerja, sebaliknya perlu melakukannya pada tengah malam hingga jam 6 pagi.
“Untuk ke Bangsar saja saya perlu menempuh kesesakan selama dua jam, ia memang tidak masuk akal dan menyebabkan semua pengguna jalan raya lambat tiba ke destinasi. DBKL tidak wajar melakukan kerja ini pada waktu puncak,” katanya. Eksekutif kilang, Zubaidah Setapa, 50, dari Taman Dato Harun menyifatkan DBKL seharusnya menghormati masa pengguna jalan raya yang majoritinya menuju ke pejabat untuk mencari rezeki. Katanya, biasanya dia hanya memerlukan masa 10 minit saja untuk sampai ke Bangsar, bagaimanapun kesesakan yang luar biasa pada hari ini benar-benar menguji kesabarannya yang perlu menempuh kesesakan lebih sejam.
Setapa Eksekutif swasta, Aizamuddin Yaakub, 47, yang dalam perjalanan dari Shah Alam menuju ke Maybank Bangsar, berpendapat tindakan DBKL itu menyusahkan dan mengganggu perjalanan orang ramai. “Saya terperangkap kira-kira 50 minit untuk sampai ke Bangsar. DBKL sepatutnya melakukan kerja penurapan jalan pada sebelah malam, bukannya waktu puncak sehingga menyebabkan orang ramai lambat ke pejabat,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.