Kiriman pada: Fri, Aug 7th, 2015

Sesi latihan KL GP ditangguh ke 2 petang ini

Kongsi maklumat ini
Tags

asklask.transformedKUALA LUMPUR: Sesi latihan KL City Grand Prix 2015 yang dijadual bermula 8.45 pagi tadi ditangguhkan sehingga 2 petang ini berikutan kerja-kerja pembaikan. Ketua steward, James Leong dalam kenyataan berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat pengesahan daripada Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) yang melakukan pemeriksaan trek pada 8.15 pagi tadi. “Semua program latihan dan perlumbaan pagi ini akan bermula selepas semua kerja-kerja pembaikan di litar itu selesai.

“Buat sementara, semua sesi akan bermula pada 2 petang bergantung kepada keputusan steward sama ada mereka berpuas hati selepas melakukan pemeriksaan semula di litar pada 1.30 tengah hari,” katanya. Difahamkan masalah itu timbul disebabkan perlumbaan jalanan itu dianjurkan buat pertama kali dalam sejarah sukan permotoran Malaysia. KL City GP, festival perlumbaan kereta supersports di litar yang dikhaskan sepanjang jalan raya utama di Kuala Lumpur akan menyaksikan pelbagai perlumbaan kereta GT seperti Lamborghini Super Cup, Formula Masters, Porsche Carrera Cup dan Audi R8 LMS Cup selain demonstrasi lima pasukan terbaik siri supercars V8. Perlumbaan itu akan bermula di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan melalui Jalan P Ramlee, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Pinang serta berakhir di KLCC.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.