Kiriman pada: Wed, Jan 27th, 2016

Sesi penggulungan TPPA bermula di Dewan Rakyat

Kongsi maklumat ini
Tags

Wahid_Omar27jan.transformedKUALA LUMPUR: Sesi penggulungan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di Dewan Rakyat hari ini bermula pada 2.30 petang, diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar. Lima menteri Kabinet lain, termasuk Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, akan membuat penggulungan masing-masing pada sesi itu. Usul perbahasan penerimaan TPPA bermula semalam pada mesyuarat khas di Dewan Rakyat. Dijangkakan seramai 222 Ahli Parlimen akan mengundi sebaik sesi penggulungan selesai bagi menentukan penyertaan Malaysia dalam perjanjian itu. Usul itu akan dibentangkan di Dewan Negara esok untuk dibahaskan oleh Senator. Malaysia adalah antara 12 negara yang terlibat dalam TPPA bersama Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.