Kiriman pada: Tue, Nov 1st, 2016

Sesuatu Perlu Dilakukan Untuk Menghalang Hubungan Baik Malaysia-China

Kongsi maklumat ini
Tags

malycina

“UMNO KATA KALAU UNDI DAP/PAKATAN HARAPAN MAKA CINA AKAN PERINTAH NEGARA, TAPI LIHAT SIAPA YANG JUAL NEGARA PADA KOMUNIS CHINA SEKARANG??? MEMANG DASAR MUNAFIK”

Sudahkah kita ditawan atau kembali dijajah oleh Jepun?, jika tiada walaupun banyaknya barangan dan ‘besi buruk’ Jepun memasuki Malaysia sahingga barangan dari Eropah ditolak ketepi dan mengapa ketika itu Mahathir tidak dituduh mahu menjual Malaysia dan membiarkan negara dijajah oleh Jepun ketika Mahathir melancarkan misi Pandang Ke Timur.

Sudah pasti to’ tok Mahathir akan berkata bahawa matlamat dasar “Pandangan Ke Timur” pada masa tersebut adalah untuk memperbaiki sosial ekonomi dan menunjukkan kerajaan pada masa itu benar-benar mahu majukan negara, soalannya selain kereta Proton Saga yang meniru bulat bulat kereta Mitsubishi apa lagi yang telah kerajaan edaptasikan idea dari jepun tersebut.

Selain lambakan barangan dari Jepun apa lagi teknologi Jepun yang diterima pakai di negara ini, KLCC bukan dari ilham Jepun begitu juga dengan bandar Putrajaya serta lapangan terbang KLIA, soalannya sudahkan Malaysia terjual pada Jepun? dan rakyat Malaysia berapa ramai yang telah menukar budaya mereka bersopan santung seperti orang Jepun, malah rakyat Malaysia semakin kurang ajar, lebih kerap dilihat hilang sopan dari yang berbudi bahasa seperti yang di impikan oleh Mahathir dahulu.

Jadi sudah terjualkah Malaysia ini kepada China apabila Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak menjalinkan hubungan dengan negara China seperti mana yang dihebohkan oleh puak-puak pembangkang yang memiliki otak sejengkal ini, malah pemimpin mereka juga turut menghebahkan didalam ceramah mereka bahawa Najib sudah mahu menjual negara ini.

Malah ada puak mereka ini mendakwa bahawa rakyat akan menyaksikan penguasaan ekonomi China keatas negara ini melalui pelaburan China didalam pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) yang bakal menjadi Bandar Malaysia yang kononnya akan menjadi ibu negeri serantau bagi China apa tah lagi ianya ada kaitan dengan 1MDB, bagi tujuan melindungi 1MDB.

Soalan yang perlu dijawab sudahkan Putrajaya menjadi bandar kebanggaan negara lain yang ditiru oleh Mahathir dahulu, sudah pasti Putrajaya tetap menjadi kebanggaan Malaysia bukan Jepun atau Eropah atau Maxico, adakah dengan lambakkan kereta Jepun dan Korea menjadi pengukur bahawa negara sudah dijajah atau terjual kepada Jepun dan Korea, jika tidak masakan lambakkan barangan dari China menjadi kayu pengukur bahawa negara sudah terjual kepada China.

Berapa ramaikah warga Jepun yang telah berhijrah dan memiliki hartanah di negara ini, jika di Johor sahaja paling ramai yang memiliki tanah disana adalah warga Cina Singapura sudahkah Johor terjajah kepada Singapura, jika tidak apa dirisau dengan pembelian hartanah oleh orang Cina yang berkemampuan, dimanakah orang Melayu yang pernah dibantu oleh Mahathir dahulu tidakkah mereka ini mampu untuk memiliki hartanah di bandar-bandar dan mengelakkan dari negara ini terjual kepada China atau orang Melayu masih lagi miskin dan mengharapkan subsidi kerajaan walaupun puak-puak Mahathir berkata beliau banyak membantu orang Melayu.

Jangan lah terlalu nagetif sangat, jika benci pun dengan Dato’ Seri Najib tak perlulah membodohkan diri memikir sesuatu yang tidak mungkin boleh dilakukan oleh sesaorang secara bersendiri kecuali ianya melibatkan keseluruhan rakyat negara ini, lihat semula bagaimana rakyat bangkit menentang penjajahan Jepun dan komunis, takkanlah seorang manusia boleh menjual negara dengan begitu mudah.

Apa yang perlu di lihat ialah kebaikkan dari hasil kerja sama yang dijalinkan oleh kerajaan Malaysia dan negara China yang di anjurkan oleh kerajaan yang diketuai oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, sejarah juga telah membuktikan bahawa ayahanda Allahyarham Tun Razak juga pernah menjalinkan hubungan diplomatik dan perniagaan dengan China sejak bertahun-tahun ketika beliau menjadi Perdana Menteri yang kedua dahulu.

Hubungan diplomatik dan perniagaan ini bukanlah pertama kali berlaku dan bukan sahaja pada era kemodenan negara tetapi telah berlaku sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi, apa yang dilakukan oleh Dato’ Seri Najib adalah kesinambungan apa yang telah di buat oleh ayahandanya terdahulu, jika hubungan Najib ini adalah untuk menjual negara maka sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi negara ini sudah terjual dan kita sudah dikuasai oleh negara China.

Jika dilihat lambakan teknologi dan barangan dari Jepun maka bolehlah kita katakan bahawa Mahathir telah menjual negara kepada Jepun sejak sekian lama, maka mereka yang menjualnya merasa gusar bila Najib menjalin hubungan baik dengan China maka sesuatu perlu dilakukan untuk menghalang hubungan baik Malaysia / China ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.