Kiriman pada: Tue, Aug 11th, 2015

Setiap Orang Itu Ada Kelemahan Dan Kelebihan

Kongsi maklumat ini
Tags

zdjKenapa ada orang suka dan ada yang tidak suka kita? Tidak boleh ke kalau semua yang kita kenal tu sukakan kita? Sedangkan kita ini baik dengan orang. Jawapannya sebab manusia itu berbeza dan mempunyai hati yang berbeza. Masing-masing ada sebab sendiri kenapa tidak suka.

Kesimpulannya disini setiap orang itu masing-masing ada kelemahan dan kelebihan. Kita sebagai manusia sentiasalah bersangka baik sesama manusia. Sebab kenapa orang itu bersikap sebergitu dan macam ini itu semuanya bersebab. Kita kena belajar cara terima sikap seseorang itu dengan seadanya. Tidak Kenal Maka Tidak Cinta, Bila Sudah Kenal?? Jgn tergila-gila.

Kebahagiaan terletak dalam hati. Ia bergantung kepada kepercayaan kita. Seandainya kita percaya bahawa dipulaukan orang adalah suatu yang menyedihkan, maka hidup kita akan terseksa. Namun seandainya kita faham bahawa perbuatan terkutuk mereka dapat menyumbangkan pahala yang banyak untuk bekalan akhirat, kita akan bahagia. Biarlah manusia yang leka dengan sandiwara dunia dengan sikap buruk mereka, yang penting jangan kita bersikap buruk pada mereka kerana hidup kita untuk mencari kebahagiaan di sana. Bukan melayan persengketaan yang sia-sia.

“Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resah dan takutlah andai ALLAH SWT membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.” – Imam Al-Ghazali

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.