Kiriman pada: Mon, Jan 25th, 2016

Setiap Peraturan Mesti Bersebab

Kongsi maklumat ini
Tags

AES1Tuduhan terhadap tindakan kerajaan mencari untung melalui saman AES adalah pembuktian bahawa pembangkang telah ketandusan isu, jika benar kerajaan mahukan keuntungan dari AES sudah tentulah kerajaan kena berusaha memastikan rakyat sentiasa membuat kesalahan lalu lintas, jelas sekali kebodohan mereka terserlah disitu.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan memaklumkan bahwa tujuan utama kerajaan melaksanakan Mata demerit ini adalah untuk menyelamatkan nyawa, bukan untuk mendera atau menyusahkan rakyat.

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan perlu memastikan jalan raya menjadi tempat yang selamat untuk rakyat. Bukan seperti pembangkang yang kebanyakkan aktiviti mereka hanya memburukkan kerajaan dan mbanyak menyusahkan kehidupan rakyat di negara ini.

Perlaksanaan semula AES dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan raya (KEJARA) adalah salah satu usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya serta mengubah sikap pemandu di jalan raya agar lebih bertanggungjawab.

*Dato' Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan

*Dato’ Seri Liow Tiong Lai,
Menteri Pengangkutan

Ada pun tujuan di adakan semula Sistem AES dan KEJARA ini kerana diyakini dapat membantu mendisiplinkan pemandu di jalan raya.

Datuk Liow Tiong Lai berkata menerusi KEJARA , kerajaan akan menolak mata demerit pemandu. Bila disaman, kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan akan menolak mata bergantung kepada kesalahan yang dilakukan, bila ianya mencapai sahingga 20 mata maka lesen pemandu pesalah akan di gantung.

Justeru itu tuduhan pembangkang kononnya kerajaan mencari keuntungan dengan sistem ini adalah suatu tuduhan yang dangkal dan bertujuan serta berkepentingan politik semasa.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.