Kiriman pada: Mon, Jul 13th, 2015

Setiausaha Agung PPBB Ucap Terima Kasih Kepada PM Atas Kejayaan Mesyurat PBB-SAB

Kongsi maklumat ini
Tags

1jibanKuala Lumpur – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas peranan beliau dalam menjamin kejayaan mesyuarat Lembaga Penasihat Saintifik (SAB) yang diadakan di sini pada Mei tahun ini.

Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dalam kenyataan berkata, mesyuarat itu dipengerusikan bersama ketua pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Irina Bokova dan anggota Lembaga Penasihat Saintifik PBB (PBB-SAB) Prof Tan Sri Zakri Abdul Hamid.

Katanya, Ban juga menyampaikan penghargaan khusus beliau terhadap syor penting yang dikemukakan lembaga 26 anggota PBB-SAB dari pelbagai negara dan disiplin itu, tentang antara muka dasar sains serta peranan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dalam konteks penghuraian agenda pembangunan pasca 2015.

Para anggota PBB-SAB juga menyampaikan kepada Ban maklumat terkini tentang tugas lembaga itu dan memberi pujian kepada beliau kerana tidak sahaja menjadikan sains sebagai “pemerhati, tetapi juga sebagai penasihat” dalam proses pembangunan pasca 2015.

Kenyataan itu berkata Ban mengundang PBB-SAB supaya terus memberi nasihat kepada beliau melalui input saintifik dalam fasa peralihan kritikal daripada Matlamat Pembangunan Milinium (MDGs) kepada Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs), yang amat memerlukan dialog secara berterusan diadakan antara saintis dan penggubal dasar.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.