Kiriman pada: Wed, Dec 9th, 2015

Shafie Apdal Buat ‘Uturn’?

Kongsi maklumat ini
Tags

2a558f49-a691-442d-a4b6-882418150632Sebelum berlansungnya majlis taklimat Presiden, Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan satu pertemuan dengan penyokongnya di Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Baru yang dihadiri oleh segelintir penyokong beliau termasuk Naip Presiden UMNO Datuk Sri Shafie Apdal.

Turut hadir pada malam tersebut ialah Tun Mahathir yang juga turut berucap dan memberi sokongan kepada Muhyiddin.

Pada malam talimat Presiden, Kelihatan Datuk Seri Shafie turut hadir sebagai Naip Presiden sekaligus menafikan khabar angin mengatakan bahawa Shafie Apdal tidak akan hadir taklimat ini kerana akan turut bersama Tan Sri Muhyiddin memboikot program Taklimat Presiden.

Walaupun Tan Sri Muhyiddin jelas sama ada mengotakan janjinya atau pun malu dengan janjinya sendiri yang akhirnya tidak berani untuk muncul pada program Taklimat Presiden, Tetapi Shafie nampaknya berlawan arus dengan hadir pada program yang di rasmikan oleh Presiden UMNO Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Kemungkinan beliau mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan beliau tidak dapat hadir dalam majlis tersebut.

Dengan kehadiran Shafie Apdal adakah beliau sudah berpaling tadah atau sudah menyedari kesilapan maka kini kembali berjuang bersama Presiden dan Naip Naip Presiden yang lain dan membiarkan Timbalan Presiden menilai tindaknnya.

Yang menariknya Shafie tidak memakai baju koperat biru sepertimana yang disarankan oleh team penyokong Muhyiddin agar menampakkan solidariti bersama Muhyiddin.

Ketiga-tiga Naib Presiden UMNO hadir malam tadi termasuk Datuk Seri Shafie Apdal. Alhamdulillah, mungkin Datuk Seri Shafie sudah ‘u-turn’ atau sudah kembali kepangkal jalan setelah sekian hari tersesat haluan. Beliau juga kelihatan memakai baju merah dan bukan baju biru yang merupakan tanda sokongan kepada Timbalan Presiden.

Eloklah beliau kembali ke pangkal jalan kerana seorang pejuang apatah lagi sebagai ketua, Beliau lebih mengenali laluan mana yang selamat untuk di lalui.

Merujuk kepada status beliau yang di petik dari media sosial beliau menyebut akan terus menjalankan amanah ini selagi diberi kepercayaan oleh parti.

“Pada masa yang sama juga, Saya masih menjalankan amanat rakyat seperti biasa, Selagi hayat dikandung badan.”

Semoga ungkapan yang dilafaskan memberi petanda bahawa Datuk Seri Shafie telah mula sedar bahawa laluannya adalah harus bersama Presiden Parti bukan membelakanginya.

Usah di ikut mereka yang tidak mampu mengawal nafsu amarahnya dan menampilkan prilaku kurang sopannya terhadap Presiden, Sebagai pejuang perlu taat setia kepada Ulil Amri yang di pilih secara bersama.

Selamat kembali ke pangkal jalan YB Datuk Seri Shafie Apdal.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.