Kiriman pada: Sun, Aug 23rd, 2015

Shahidan Minta Kerajaan Pusat Perbanyakkan Projek Rakyat Di Perlis

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI SHAHIDAN KASSIMArau – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau akan meminta kerajaan pusat memperbanyakkan projek-projek rakyat bagi merancakkan aktiviti ekonomi di Perlis.

“Projek-projek ini bertujuan memperkasakan rakyat dan siswazah yang mengganggur agar mereka boleh berniaga kecil-kecialan dan mencari makan.

“Saya juga akan memohon supaya kerajaan pusat menyambung semula projek-projek yang tergendala,” kata Shahidan kepada pemberita selepas merasmikan program Mahasiswa dan Pemimpin: Dekat di Mata Dekat di Hati malam tadi.

Beliau berkata rancangan itu perlu dilaksanakan bagi mewujudkan peluang pekerjaan.

“Sudah sampai masanya Perlis diberi peruntukan sepenuhnya kerana menyumbang kemenangan 100 peratus dalam pilihan raya umum yang lepas,” katanya.

Shahidan juga meminta para pelajar Perlis di luar negara seperti di Jordan dan Mesir yang tertekan akibat kejatuhan nilai mata wang sekarang supaya bersabar.

Beliau memberi jaminan akan berusaha membantu mereka dan sehubungan itu memohon Baitulmal memberikan bantuan tambahan bagi mengurangkan bebanan pelajar-pelajar terbabit.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.