Kiriman pada: Wed, Mar 25th, 2015

Sharnaaz Ahmad Mengamuk Ditipu

Kongsi maklumat ini
Tags

Sharnaaz-Ahmad-Mengamuk-Nama-Digunakan-Penipu-Di-Singapura-ROTIKAYA-700x429Hati siapa tidak panas apabila ada individu yang mengambil kesempatan atas populariti nama sendiri untuk mengutip wang dan menipu orang ramai. Ini yang terjadi kepada Sharnaaz Ahmad baru baru ini sehingga beliau mengeluarkan amaran keras di Instagram.

Melalui status terbaru beliau, Sharnaaz Ahmad memberikan amaran kepada orang ramai supaya berhati hati dengan satu skim penipuan yang menggunakan namanya untuk satu acara kebajikan.

Dua orang individu yang berasal dari Singapura itu dikatakan menggunakan nama Sharnaaz Ahmad untuk mengadakan acara bertemu peminat di negara tersebut dan mengenakan bayaran yang didakwa akan disalurkan kepada badan kebajikan.
“Ini dua manusia tak guna patut dihukum rejam sampai lunyai! Jaga jaga dengan penipuan dua ekor ini. Ya, ekor. Binatang berhati mulia walaupun tidak berakal, tetapi dikurniakan akal, digunakan untuk mengaut keuntungan”

“Event di Singapura adalah palsu! Tujuan mengaut keuntungan, sila cari ini dua ekor & ambil duit dia,” tulis Sharnaaz Ahmad sebagai peringatan kepada peminat.

Shar

Nampaknya peminat dan selebriti sendiri mesti lebih berhati hati selepas ini kerana orang kita memang senang termakan pujuk rayu lebih lebih dalam soal kebajikan. Pastikan wang yang dihulur sampai benar kepada yang memerlukan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.