Kiriman pada: Sun, Dec 18th, 2016

Sial No 4 Dan ‘Feng shui’ Cina

Kongsi maklumat ini
Tags

Nampaknya pasukan pembangkang yang diketuai oleh parti DAP pasti akan berdepan dengan nasib malang jiga dikaitkan dengan ‘fung sui’ mereka ia ini angka 4 yang mereka katakan membawa nasib malang, bukan sahaja kemasukkan parti Bunga setelah PAS mengundurkan diri yang menjadi pelengkap kepada angka 4.

Kemasukkan parti Bunga dijangka telah membawa sial didalam pakatan kerana menjadikan angka 4 satu kenyataan, manakan tidaknya, belum pun berunding dan berbicara alih-alih tersiar kabar berhubung dengan prilaku sumbang yang dikatakan ada kaitan dengan 4 juga ia ini 4 x 4, bagi yang faham, fahamlah yang tidak, dok lah diam diam.

Sebelum dari itu, masalah mula timbul bila Anwar calun yang bakal diangkat menjadi Perdana Menteri telah dikekalkan bersalah dan rayuannya ditolak, maka gembar gembur penjual minyak urut mereka telah mati akal untuk melakukan siri pembohongan yang Anwar akan dilantik menjadi Perdana Menteri, kerana Anwar kekal meneruskan hukumannya yang berbaki lebih kurang 2 tahun 4 bulan.

Sebaik sahaja MPU diantara pakatan selesai dibuat mereka ditimpa malang lagi kerana tiada siapa pun yang disebut akan menjadi Perdana Menteri kerana masing-masing memp[unyai calong mereka sendiri dan mahkan calon mereka menjadi Perdana Menteri, ini juga boleh dikatakan sial yang mendatang, kerana duduk semeja pun tidak mampu membuat keputusan.

Yang lebih sial lagi adalah isu perlakuan sumbang 4 x 4 ini didedahkan sendiri oleh rakan separti mereka dan bukannya dari musuh, tetapi yang disalahkan adalah ia dikaitkan dengan pendedahan musuh politik, ini bermakna sial no 4 adalah dikalangan dalam parti mereka sendiri dan bukan dari musuh-musuh luar.

Dan kemungkinan boleh diambil kira berhubung sial no 4 ialah menerima Mahathir kedalam parti pembangkang dan menerima idea-idea Mahathir, jika dahulu mereka mencemuh Mahathir dengan pelbagai gelaran, tetapi boleh menerima Mahathir pada hari ini juga sebagai penanda sial mula melanda gabungan parti pembangkang itu kerana Mahathir adalah Perdana Menteri yang ke 4, ini juga boleh menjadi perkara sial kepada ‘Feng shui’ kaum Cina.

Seperkara lagi ialah adanya dikalangan pemimpin parti gabungan tersebut yang lahir dari perut ibu yang menjadi isteri ke 4, ini juga sebagai penanda sialnya no 4 dalam ‘Feng shui’ Cina, sebagai pedoman dan petunjuk bahawa pakatan pembangkang ini bakal berakhir dengan kesialan jika mereka mengguna pakai ramalan ‘Feng shui’ tersebut.

Perkara sial no 4 ini adalah perkara yang sedang di risaukan oleh pemimpin parti Cina DAP, sebagaimana mereka menolak dan menjauhi tetapi kedudukan dan angka 4 tetap hadir tanpa di undang dan di duga, walaupun kelihatan seperti merapu tetapi percayalah bahawa puak ini begitu teliti dengan angka sial no 4 ini.

Itu sebabnya mereka masih tidak menamakan siapa bakal Perdana Menteri dan siapa yang akan mengepalai mereka, kerana mereka sedang berunding untuk membuang sial no 4 ini terlebih utama dari memikirkan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.