Kiriman pada: Fri, Jul 3rd, 2015

Siapa Agen Pemberi Maklumat Kepada Wall Street Journal

Kongsi maklumat ini
Tags

intelligence-spy-traditionalTuduhan terbaru terhadap Perdana Menteri Dato’ Seri Najib yang di katakan menerima bayaran berjumlah berbillion ringgit dari 1MDB adalah sangat meragukan, Ia hanya satu rekaan bagi tujuan untuk memburukkan Perdana Menteri sahaja.

Seperti kita sedia maklum adalah terlalu sukar untuk pihak bank memberikan maklumat mengenai transaksi pelanggan mereka kepada mana-mana penyiasat walaupun mereka itu datang dari pihak berkuasa kecuali jika ada perintah makamah, Apatah lagi jika yang memohon maklumat tersebut sekadar penyiasat persendirian.

Siapakah penyiasat tersebut yang kononnya memberi maklumat kepada Wall Street Journal, Adalah tidak mungkin maklumat Wall Street Journal itu datang dari pejabat Polis (PDRM) atau pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jika bukan dari pihak yang bekaitan agensi penyiasatan dari Malaysia yang di iktiraf kerajaan bermakna maklumat mereka adalah datang dari penyiasat atau sumber yang sangat meragukan kredibiliti mereka.

Memang terdapat usaha bersepadu oleh individu tertentu untuk melemahkan keyakinan terhadap ekonomi, memburukkan kerajaan dan menyingkirkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokrasi, meskipun kejayaan Najib dapat dilihat di dalam mengemudi ekonomi ketika Malaysia sedang mengharungi keadaan global yang tidak menentu sekarang ini.

Menurut satu kenyataan dari pejabat Perdana Menteri “Dilaporkan bahawa pembocoran dokumen, pemalsuan dan pemerasan berlaku untuk mengelirukan media dan orang ramai,”

Adalah menjadi kewajipan kepada anggota media yang bertanggungjawab untuk tidak menganggap dokumen-dokumen tersebut sebagai tulen melainkan disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Mengenai tuduhan itu sendiri, perlu diberi perhatian bahawa 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telahpun membuat kenyataan bahawa ia tidak pernah menyediakan dana kepada Perdana Menteri.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.