Kiriman pada: Mon, Aug 3rd, 2015

Siapa Bakal Menjuarai Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2015.

Kongsi maklumat ini
Tags

PABM1Jika tahun 2014 menampilkan Indonesia dan Australia menjadi jaguh dan juara Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) siapa pula yang bakal menjadi juara pada tahun 2015 ini.

Program Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu yang di perkenalkan sejak tahun 2007 hingga kini yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi/Kementerian Pendidikan Malaysia telah melahirkan ramai pemidato bahasa Melayu yang bukan dari kalangan pelajar atau orang Melayu.

Bermula dari titik mula yang di ilhamkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Antara lain bertujuan memperkukuhkan kedudukan dan martabat Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Bermotifkan melahirkan rasa bangga dan yakin rakyat Malaysia terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang telah menyerantau ke seluruh pelosok dunia.

Yang menarik, PABM kali ini telah mengundang lebih ramai wakil dari pelusuk dunia untuk mengambil bahagian meliputi ke semua enam benua.

Berbekalkan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan diperteguhkan melalui wadah 1Malaysia, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan dapat diperkukuhkan dan rantaian jalinan hubungan antara kaum dapat diperkuatkan melalui aspek bahasa maka itu menjadikan Malaysia berjaya menganjurkan program PABM ini buat sekian kalinya.

Pertandingan dibahagi kepada beberapa peringkat saperti Peringkat Saringan, Separuh Akhir serta Akhir yang akan bermula pada 4 Ogos dan berakhir pada 8 Ogos 2015, Kesemua pertandingan akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Bagi anda yang berminat adalah di jemput hadir.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.