Kiriman pada: Fri, Jan 29th, 2016

Siapa Setuju Jika Pencaci Najib Buka Akaun Simpanan ‘Dosa’?

Kongsi maklumat ini
Tags

Setujukah pencaci-pencaci Najib barangkali boleh disaran untuk membuka akaun simpanan ‘dosa’. Ini kerana mereka boleh dilihat bersungguh-sungguh melakukan amalan tersebut. Amalan itu dibuat sebenar-benar ‘ikhlas’ walaupun tanpa disedari hanyalah berbentuk hasutan dari pihak-pihak yang berkepentingan.

Apa sahaja perkara yang terjadi semahu-mahunya dirujuk kepada nama ‘Najib’ secara langsung atau tidak langsung. Nama itu dijadikan bahan sindiran serta ‘inside joke’ kepada sebarang insiden walaupun ia berlaku atas kesilapan diri sendiri. Adakalanya langsung tidak ada kena mengena pun nama Najib juga yang akan dipetik.

Apabila ditanya mengapa harus menggunakan nama itu sebagai subjek utama, hanya jawapan yang bersentimen kebencian sahaja dinyatakan. Macam tidak ada subjek lain yang boleh diubah dan secara spontan hanya nama itu sahaja di dalam fikiran.

Menurut rujukan, Najib bermaksud mulia atau dari keturunan mulia. Sekalipun tidak menyokong atau benci akan si penama Najib itu cuba lah untuk menghormati nama tersebut. Dimana perginya adab orang Islam jika dipermainkan nama yang mulia itu? Bagaimana pula rasanya apabila nama kita pula dipermainkan sewenang-wenangnya kerana kita sendiri tahu nama yang diberi mempunyai maksud yang indah?

Orang kata apabila kita selalu sangat bersuka-suka pada akhirnya mendapat duka. Kita juga digalakkan untuk berdiam ketika marah kerana takut-takut nanti terlepas kata yang menyakiti hati orang lain. Apa bezanya makian dan cercaan melalui penulisan dengan berkata-kata dalam dunia teknologi masa kini.

Menyedihkan, tidak tahu-menahu hujung pangkal tetapi sudah pandai tunjuk taring menjatuh hukum. Sedar tidak sedar mungkin dosa bertambah. Pahala tidak akan dapat pun jika mencaci walaupun kepada orang yang bersalah. Harus diingat bahawa mencaci itu tetap berdosa.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.