Kiriman pada: Sat, Jul 4th, 2015

Siaran Televisyen Digital Sepenuhnya Seluruh Negara Akhir 2016

Kongsi maklumat ini
Tags

*gambar sekadar hiasan

*gambar sekadar hiasan

Kuantan – Siaran televisyen digital atau Digital Terestrial Televisyen (DTT) dijangka dapat dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara pada hujung tahun depan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata sebagai permulaan MYTV Broadcasting (MYTV), selaku pihak bertangungjawab membangun dan menguruskan infrastruktur itu, telah memasang alat pemancar atau ‘transmitter’ untuk siaran ujian di tiga tempat di pantai timur iaitu Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Bakar, Kelantan dan Bukit Pelindung di sini.

“Kami menjangkakan pada Januari depan, semua daerah di Pantai Timur ini mula menerima siaran daripada MYTV Broadcasting (MYTV).

“Pemasangan set decoder di rumah-rumah yang terpilih telahpun dimulakan pada 17 Mei lalu dan ini merupakan sebahagian fasa ujian MYTV di daerah-daerah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pemasangan set dekoder siaran ujian MYTV di kediaman seorang daripada peserta siaran ujian berkenaan iaitu A Rahman Abu Bakar di Kampung Rumbia di Beserah, hari ini.

Ahmad Shabery berkata kempen siaran ujian MYTV akan diperluas ke Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat sebelum ke utara dan selatan Semenanjung dan seterusnya berakhir di Lembah Klang menjelang hujung tahun ini.

Untuk peringkat percubaan ini, katanya sebanyak dua juta set dekoder percuma akan diedarkan di seluruh negara untuk diberikan kepada isi rumah yang terpilih.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.