Kiriman pada: Thu, Nov 3rd, 2016

Siasat Dana Asing Yang Mereka Terima.

Kongsi maklumat ini
Tags

siasadanaCampur tangan asing dalam urusan sesebuah negara adalah sesuatu yang merbahaya, peringatan ini sebagai mengambarkan bahawa pengeluar boleh membawa perkara buruk kepada kerukunan masyarakat dan ekonominya, dalam kontek yang lebih luas keadaan itu boleh dilihat dalam konfik di banyak negara Arab, termasuk perang di Syria.

Meskipun disebalik harapan agar negara luar terlibat mampu menjadi orang tengah atau sebagai kuasa pendamai, pembabitan tersebut masih belum mampu memterjemahkan hasil yang diharapkan, lihat sahaja apa yang terjadi di Afganistan yang telah berlarutan hampir berdekat lamanya dan perang saudara Syria yang sudah meragut ratusan ribu nyawa sejak konflik tercetus pada 2011.

Bagaimana pun hal itu jelas berbeza dengan negara kita Malaysia, hakikatnya ia tidak memerlukan keujudan kuasa asing dalam politik negara ketika Malaysia sedang menikmati struktur masyarakat dan ekonomi yang stabil dan untuk memperkatakan pengubalan akta sumbangan dan perbelanjaan politik yang disasar kepada pembiayaan kepada perkara yang lebih telus dan bertanggung jawab, jadi perkara ini perlu mendapat sokongan semua pihak termasuk parti pembangkang.

Sebaliknya pula kerajaan mengambil langkah menangani sebarang kegiatan yang menjurus pada pembabitan lansung kuasa asing yang boleh memporak perandakan negara, mungkin yang boleh dipertimbangkan adalah dawaan pembabitan hartawan Amerika Syarikat George Soros dalam mempengaruhi keputusan pilihanraya umum akan datang menerusi pembiayaan kepada aktiviti beberapa organisasi tempatan.

Dalam hal ini kebimbangan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berhubung campur tangan asing ada asasnya, sesuatu yang boleh dipersetuju bersama adalah hakikat bahawa politik di Malaysia mengikut acuan yang sesuai dengan negara ini, jadi tidak perlu melibatkan pengaruh luar dengan agenda mereka yang tertentu.

Rakyat perlu tahu kebimbangan campur tangan asing bukan hanya dizahirkan oleh kerajaan bahkan badan badan bukan kerajaan (NGO) dan ramai penganalisa politik tempatan, selain Timbalan Perdana Menteri yang memberi pandangan adalah wajar dakwaan tersebut disiasat secara menyeluruh dan saintifik.

Banyak pihak juga menuntut pihak berkuada agar mengambil berat terhadap isu ini, Majlis Perundingan Melayu (MPM) percaya kerajaan perlu mengambil langkah tegas termasuk membeku dan mendedahkan trasaksi akaun penerima dana, malah rakyat kini semakin bimbang dengan campur tangan asing yang seakan-akan mahu membunuh demokrasi negara.

Sesungguhnya negara kita ini berada didalam keadaan aman dan stabil walaupun disebalik peningkatan taraf hidup dan kelembapan ekonomi, perbezaan pendapat dan idiologi tidak harus sampai merugikan negara, apatah lagi membiarkan orang luar yang lebih berkuasa.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.