Kiriman pada: Tue, Feb 21st, 2017

Siasat Pegawai MB – Gabungan NGO Selangor

Kongsi maklumat ini
Tags

Shah Alam – Gabungan NGO Selangor hari ini membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendesak supaya siasatan dibuat terhadap seorang pegawai kerajaan negeri.

Penasihat undang-undang pertubuhan bukan kerajaan itu, Datuk Mohd Imran Tamrin, turut menyerahkan dokumen empat muka surat yang didakwa mengandungi bukti serta lima lampiran kepada SPRM di pejabat suruhanjaya itu di sini, petang tadi.

Antara dokumen yang diserahkan kepada SPRM termasuk bukti bergambar dan beberapa salinan pendaftaran syarikat.

Mohd Imran berkata, kekayaan ditunjukkan pegawai berkenaan menimbulkan keraguan, termasuk gambar mengenakan jam mewah dianggar bernilai RM87,000 yang tersebar melalui media sosial dan mendorong gabungan itu membuat laporan.

“Siasatan kami melalui media sosial menunjukkan pegawai itu hidup mewah dan kami percaya beliau mengamalkan gaya melebihi kemampuan.

“Berdasarkan gambar yang tersebar dalam laman sosial, beliau dan rakannya memiliki jam serta kereta mewah, rumah mahal selain memaparkan gambar wang yang banyak dalam beg.

“Gaya hidup mereka diragui dan tidak sepadan dengan gaji penjawat awam, siasatan perlu diadakan untuk mencari punca kekayaan itu dan bagaimana ia diperoleh,” katanya kepada pemberita hari ini.

Pada masa sama, Mohd Imran turut mendesak pegawai terbabit mengisytiharkan segala asetnya sebagai penjawat awam dalam kerajaan negeri diperintah PKR yang dikatakan memperjuangkan tadbir urus baik dan telus.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.