Kiriman pada: Tue, Jan 26th, 2016

Sidang khas Dewan Rakyat mengenai TPPA bermula hari ini

Kongsi maklumat ini
Tags

Seorang karyawati melintas di depan layar yang menunjukkan pergerakan harga saham di Mandiri Sekuritas, Jakarta, Selasa (2/6). Indeks Harga SahamKUALA LUMPUR: Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di Parlimen bermula jam 10 pagi tadi.

Usul mengenai TPPA dibentangkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad di Dewan Rakyat.

Turut hadir pada sidang tersebut ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sidang khas itu dijangka berakhir jam 7 malam ini sebelum disambung semula esok.

Usul itu sebelum ini dimuatkan ke dalam aturan urusan mesyuarat pada 23 Januari lalu.

Sesi perbahasan TPP berlangsung di Dewan Rakyat selama dua hari dan kemudian di Dewan Negara pada hari berikutnya.

Berdasarkan takwim Parlimen, Sidang Khas Dewan Negara akan menyusul sehari selepas Sidang Khas Dewan Rakyat bagi membincangkan sebelum meluluskan usul bagi Malaysia menyertai TPP.

Notis berhubung mesyuarat khas itu sudah diedarkan kepada semua Anggota Parlimen pada 7 Januari lepas yang memaklumkan bahawa sidang khas Dewan Rakyat akan berlangsung pada Selasa dan Rabu.

Jika TPPA diluluskan, 26 pindaaan akan dilakukan ke atas 17 undang-undang dan peraturan berkaitan TPPA yang melibatkan negeri dan Persekutuan, perlu dipinda dalam tempoh dua tahun.
Selain Malaysia, 11 lagi negara yang terlibat dengan TPPA ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Singapura, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat dan Vietnam yang memuktamadkan rundingan pada 5 Oktober 2015.

Kali terakhir Parlimen mengadakan persidangan khas, iaitu di luar waktu penggal persidangan, adalah pada 23 Julai 2014, iaitu sidang tergempar bagi membincangkan insiden pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 yang mengorbankan 298 nyawa.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.